Wednesday, August 13, 2008


Gambar masa cikgu Kursus di Institut Perguruan. Semasa buat lawatan ke SMK Bintang Utara Kuala Lumpur. Sekolah ini adalah Sekolah Bestari 5 bintang Sebabnya kemudahannya komputer dan penggunaannya lancar. Sekolahnya pun besar.

Tuesday, August 12, 2008

Tembikar labu sayong







Ya, Salam kelas 1 RK , Cikgu harap semua sihat dan masih boleh menjalankan projek sebelum cuti sekolah. Projek yang perlu dijalankan ialah tajuk tembikar.




Apa yang anda perlu lakukan ???......
-Mencari maklumat tentang kraf tembikar ini.
-Pengenalan tentang tajuk dalam bentuk power point, brosur, dan poster
-Mencari maklumat dalam blog guru.




Perlu ada dalam persembahan powerpoint
-Tajuk dan Nama Kumpulan
-Pengenalan tembikar
-Jenis-jenis tembikar ( Tentukan jenis tembikar yang anda pilih)
-Ciri-ciri tembikar
-Teknik
-Pembinaan tembikar dan kemasan
-Proses Pengeringan dan Pembakaran
-Penghargaan




-Sebelum minggu Ko-Akademik ini anda perlu menampal poster tentang kraf tembikar untuk memberitahu tentang pameran – (Anda perlu nyatakan tempat tarikh dan masa)
-Pada minggu Ko-Akademik ini anda perlu menyediakan dan menayangkan persembahan powerpoint anda dan brosur untuk tetamu.
-Anda juga dikehendaki menyediakan tembikar yang anda pilih dan menunjukkan teknik-teknik tembikar yang anda pilih.